Rabu, 18 Mei 2011

Test JPJ...Lulus ke Gagal????

Alhamdulillah...hanya sekali je test jpj, saya telah berjaya...syukur yang amat...tak perlu ambil cuti dah..kalau tak lulus jenuh jugak memikirkan perlu ambil cuti lagi, perlu fikirkan lagi tentang ini...ahhhh malas nak fikirkan...

Disebalik kejayaan dalam ujian dengan JPJ ni, ada cerita disebaliknya...huhu malu nak cerita sebenarnya tapi perlu juga diceritakan supaya bila tua2 nanti baca semula akan mengingatkan kembali memori ini...

emm...orang lain bila lulus test ni, balik ke rumah senyum lebar sampai ke telinga...tapi saya penuh dengan linangan air mata....punyala sensitip orangnya..huhu.Alkisah nasib badan saya begitu malang hari tu disebabkan jpj yang memerhati adalah seorang PEREMPUAN,MUDA dan KEREK...Ciri2 ini adalah sinonim dikalangan jpj yang ditugaskan dalam test jpj kan dan amat2 ditakuti jika sekiranya para pemandu2 yang baru nak dapatkan lesen kan? begitu juga saya yang amat malang kerana dapat jpj yang bercirikan di atas. Saya pun seorang perempuanwanita tetapi amat tak menyokong sesiapa yang dapat perempuan kerana tahu sebilangan jpj perempuan dan muda ini penuh dengan sifat mengada2, poyo, tiada adab bila bercakap, dan macam2 lagi.

Berbalik kepada kisah saya yang berlinangan air mata tadi, saya ckup bersabar dengan pegawai(saya namakan sebagai 'Dia') berkenaan. Mana taknya, semasa ujian bukit, parking dan 3 penjuru, buat kali pertama saya berdepan dengan dia. Apabila tiba ke petak parking dan saya dah siap parkingbaik punye dan hon serta angkat tangan, boleh pulak dia jerit kat saya dengan dialog lebiih kurang camni "angkat la tangan tu tinggi sikit..ishhh....dengan nada suara yang amat tinggi sambil tangan dia memgang kepala yang ala geram teramat sangat..apakah???tu baru perkara pertama...

Kali kedua lebih malang apabila ujian jalanraya juga dengan Dia...waduh2 malang sungguh nasib gue kena dengan perempuan nak menopouse ni. Masuk je dalam kereta, dah terserlah muka kegarangan dia tu..saya buat apa2 yang patut..betulkan itu ini, dia pun suruh JALANNNN....

Baru jalan dalam 100meter, dia dah mula keluar ayat poyo dia.

1. Jalan la laju sikit....awak tu bukan nak belajar memandu tapi nak test ni...patutnya dah tahap 'expert' dah bawa kereta...patutkah???

2. Tiba kat tanda lampu isyarat saya tak stop pn kereta. Dia tanya dengan nada tiada adab langsung: Apsal tak berhenti? saya jwb jugaklah tapi saya terima la kesalahan tu memang patut saya berhenti..saya akui saya salah tapi tak bolehkah tanya dengan ayat yang baik sikit? Perlukah nak tinggi2 suara?

3. Tiba di jalan raya, dia asyik merengussssssssssss aje..kononnya saya bawa perlahan. Macamane nak bawa laju sedangkan di hadapan kereta kami, ada sebuah lagi kereta yang sedang dalam ujian juga. Lagipun masa belajar memang cikgu dah tetapkan bawa hadlaju sekian..sekian di kawasan tu...kang bawa laju langgar line kuning, fail pulak...ishhhh geram banget masa tu

4. Tiba di susur keluar dari lampu isyarat, dengan tidak semena2 dia suruh saya memotong kereta yang di hadapan saya tadi. what????masa belajar saya tak diajar uantuk memotong ye...ape ke hal yop nak kena memotong pulak ni?agaknya dia sengaja nak gagalkan saya...tapi saya tetap menten cun. Memotong dengan penuh bergaya..wakakakka..

5.Masa balik, kena sound lagi sekali suruh bawa laju..huhu..kwsn 30-40km/j takkan nak bawa 70-80 kot? memang meroyan tol la pompuan ni..ishhhhh

6.Masa otw balik tu, tak abis2 merengus2..buat sakit hati betul la. Dah sampai dan selesai ujian, dia blh panggil cikgu memandu tu tanya pasal no 2. Dia siap pukul kereta kononnya bengang dengan jawapan saya sebelum itu.

Saya cukup terasa hati dan tak sabar nak balik. Geram+benci+nyampah semua ada dalam diri ni. Bila dia bagi keputusan saya pun terus keluar dan terus ke bilik ketua jpj. Masa tu hati dah sebak, ketua jpj tu tanya itu dan ini, ok ke ko...dalam keadaan diri yang masih menggeletar sebab takut dan marah, akhirnya air mata ni tumpah juga. Orang sensitip ni bukan boleh, cepat je air mata nak keluaq..hehe. Saya cerita dan luahkan perasaan yang terbuku mengenai dia pada katua jpj tu...huhu..padan muko ekau..ekau ingat ekau tu bosar sangat..Kalau bukan sebab eden ni nakkan lulus lesen tu, tak mau eden tengok muka ekau tu tau..ketua jpj tu bagitau akan nasihatkan diatak taula ayat untuk sedapkan hati saya je ke atau betul2 kan.Emm tak kisahla janji mende ni dah berlalu dan dah selesai pun. Nasibla siapa2 yang kena ngan dia macam saya juga...

Okla dah panjang lebar ni cerita terbuku di hati ni..hehe..sampai berjumpa di next en3 ye...bobai..

2 ulasan:

onniye*occuke berkata...

hahaha...sabor je le...hihihi

Khairyna berkata...

memang kena byk bersabo...dlm sabo2 keluaq gak ayak mata..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...