Selasa, 7 Ogos 2012

Alhamdulillah selamat bersalin

Assalam,


Syukur kehadratMu Ya Allah kerana mempermudahkan proses bersalin kali ini. Saya telah selamat bersalin pada 26 Mei 2012 jam 6.51pagi di pusat perubatan universiti malaya(PPUM). Kalau ikutkan jangka masa bersalin rasanya belum lagi bersalin tapi nak jadi kisahnya sayakan ada kencing manis(GDM) masa mengandung kali ni. Jadi memang awal2 lagi Doktor bagitahu yang saya mungkin akan bersalin awal 2 minggu dari tarikh jangkaan(due date).

Pada 25 Mei 2012 aka sehari sebelum bersalin, saya ada anc(temujanji checkup). Bila Doktor check2 dan saya maklumkan yang lagi 2 minggu adalah tarikh jangkaan bersalin, Doktor maklumkan yang saya sepatutnya dah bersalin pada hari semalamnya. Terkedu gak dibuatnya. Doktor nak check bukaan kat bawah tu tapi disebabkan saya ni uri masa last scan masih kat bawah, jadi doktor sarankan buat scan dulu. saya setuju jela.

Lepas doktor dah call sana sini, dia bagi surat untuk buat scan (urgent). Dah scan, semua ok jarak uri ngan pintu rahim adalah 7cm kalau tak silap. so jauh sangat dah tu so blh bersalin normal. uhh lega rasenya bila dengar. tak bersedia la kalu kena czer.huhu. Sebelum jumpa doktor semula, sempatla hubungi mak dulu minta doakan moga semuanya selamat dan minta maaf kat dia dulu(masa ni rase sebak je..huhu). En KK hubungi family dia bagitau yang saya dah nak bersalin. Semua terkejut sebab tak sangka kena bersalin awal. Masa ni tengah doa banyak2 semoga Allah permudahkan segalanya.

Selepas dah hubungi semua2 tu,so pergi jumpa doktor semula, tunjuk result scan dia pun kata ok. Dia hubungi bahagian 'labour room' untuk pastikan bilik ada kosong atau tak. Bila bahgaian sana kata ada kosong, dia minta saya dan En KK pergi ke sana. dup dap dup dap berdebar rasa hati melangkah ke sana..seram.

Sampai sahaja kat situ, bagi kad temujanji, surat bagai dll. Nurse tu bagitau semua barang kemas sila tanggal bagi pada suami kalau ada, beg juga bagi pada suami dan sila ikut akak tu untuk tukar baju. Saya pun ikutla akak sorang tu ke bilik. Dia bagi baju 'uniform' untuk bersalin. Bila masuk bilik tu ada sorang doktor india lelaki. Dia minta tukar baju dulu lepas tu duduk atas katil. Dia nak temuramah sikit.hehe.

Dah siap salin baju, bagi baju kat En KK yang pakai tadi untuk En KK bawa balik. Ok tiba saat nak berpisah dengan En KK..huhu sedih dan sebak masa ni sebab minta maaf minta dia halalkan semua dan doakan yang terbaik permudahkan bersalin.

Masa masuk semula ke bilik, doktor tadi dah menunggu. Dia suh saya baring kat katil. Tanya itu ini, sejarah keluarga kena kencing manis la..diet makan ke cucuk insulin la..bla..bla..bla..mcm2 dia tanya. lepas  dah siap
proses temuramah tu, ha masa ni hati tak tenteram sebab dia nak isi jarum kat tangan. Punyala besar jarum..aduss pejam mata saya dibuatnya. Bila dah siap,legaaaa. Abis dah bab pasang jarum, ni baru bermula untuk proses nak bersalin...

oleh sebab dah panjang sangat, kita sambung next entry ye..ok babai..

wassalam

Selasa, 22 Mei 2012

Baby dan Ibu Checklist


Assalam,

Ni nak update pasal barang2 yang dah pun siap sedia untuk bersalin nanti. Ekceli dah pun simpan sikit2 sejak mengandung 7 bulan lagi sebab mana la tau kan baby nak keluar awal pulak..jadi kena la standby awal2..saya sediakan semua barang2 ni rujuk dari blog ni http://babyibu.blogspot.com

Antara baby dan ibu checklist adalah:

Clothing

Baju Lengan Pendek - 4
Baju Lengan Panjang - 4 - kalau rumah sejuk/kalau tak 2 pun cukup - tambah bj lengan pendek
Seluar Pendek - 2
Seluar Panjang - 6
Baju Jalan - 2
Barut - 10 - dapatkan 2 saiz
Handkerchief - 4
Romper - 3
Mittens & Booties - 8
Socks - 2
Hat - 1

Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14) - Campur2Kalau rumah panas..beli yang baju yang lubang-lubang..selesa baby pakai siang..

Feeding

Breast Pump* - 1 - Ibu beli yang Pureen Manual je buat masa ni
Termos - 1 - Ibu pun boleh guna masa kat hospital
Feeding Bottle 2 oz - 2
Bottle and Teat Brush - 1

Bergantung kepada nak BF or campur

Nursery

Baby Cot*
Mattress - 1
Baby Pillow & Bolster - 1
Baby Pillow & Bolster Case - 1
Mosquito Net - 1
Receiving Blanket - 1
Blanket - 1


Bathing

Bath Tub - 1
Toiletries (Travel Pack)- 1p
Towel - 2
Cotton Balls - 1p
Cotton Buds - 3p
Baby Comb/Brush - 1
Baby Manicure Set - 1
Nasal Aspirator - 1 - penting kalau baby selsema

Diapering

Changing Mat - 1
Baby Wipes (Pureen) - 2p
Disposable Diaper (Newborn) - 1p
Napkins - 2p
Diaper Rash Cream (Drapolene)- 1

Traveling

Stroller* - 1
Infant Carrier/Moses Basket* - 1
Diaper Bag - 1
Baby Sling* - 1

Others
Nappy Kleen - 1
Bakul Baju Baby* - 1
Minyak Telon - 1
Gripe Water - 1
Album* - 1
Toy* - 1

Ibu Care
Socks - 2
Nursing Bra - 4
Nursing Pad (Washable) - 2
Nursing Pad (Disposible)- 1p
Maternity Pad (Pureen) - 2p
Disposable Panty - 3p
Nipple Cream - 1

* Beli kemudian
- Tak perlu banyak2 sbb nanti dapat banyak hadiah:)

*-+ la mana2 yang rasa tak perlu.

Wassalam.

Isnin, 14 Mei 2012

selamat hari ibu

Assalam,

Sebelum terlambat nak ucapkan selamat hari IBU untuk semua ibu-ibu,mak,umi, di dunia. tak lupa buat Mak saya(dah ucap semalam) Fatimah Tunggal yang melahirkan, menyusukan, membesarkan dan mendidik saya hingga ke besar..dan sekarang saya mengambil pangkat itu untuk diturunkan pula pada anak-anak saya..i'Allah..tak lupa juga mak mentua saya Salwani Abdullah..dengan ucapan:-


wassalam..

tak larat

entry pendek untuk petang ini..

Dah rasa tak larat sangat..kalau dihitung2 nak sampai due date adalah dalam 3 minggu je lagi..malam tadi tak boleh tidur. tak tau kenapa..terjaga jam 3 pagi, akhirnya terlelap untuk 5-10minit sebelum jam 6.20pagi..bayangkan 3jam tak dapat lelapkan mata..huhu..

jumaat lepas dah scan untuk kali ke 2 ke 3.(*lupa). Hari tu scan nampak hamburger(girl)..dan terbaru juga sama..masih nampak hamburger..harap2 keluar nanti betul2 girl..yang lemah check up kat PPUM ni, gambar scan tak diprint. kalau tak boleh post kat sini untuk buat kenang2an..

Tapi google tadi gambar yang discan lebih kurang macam kat gambar bawah ni..

kredit gambar untuk blog thepinkstilettos.blogspot.com

ok. entry pendek dah jadi panjang ni. so stop dulu kat sini ye..nanti sambung entry lain pulak..

wassalam.

Rabu, 9 Mei 2012

blog oh blog..aku rindu kamu

Assalam semua..wahhhh lamanya tak update blog ni..last post thn lepas..yg pasal tak larat sangat tu..balik kerja terus lemau..hehe..rupa2nya ada isi..hehe..patutla penat semacam..rupanya2 dah mengandung 1bulan masa tu..

nak dijadikan cerita pulak, alahan memang teruk sangat so sebab tu la terbengkalai blog ni..gambar raya pun tak sempat nak update..takpela ye..dah nak raya tahun 2012 dah pun..hehe. nanti insyaAllah masuk gambar raya tahun ni jela ye..takpun masukkan juga gambar lama untuk kenang2ngan..

sekarang ni tengah sarat mengandung 9 bulan..so tengah menghitung hari je ni..harap2 semuanya dipermudahkan hendakNya..aminnn..

mengandung kali ni ada kencing manis pulak. huhu..sebab tula orang kata lain anak lain pembawaannya..memang betul. tapi kita cerita di entry seterusnya nantila ye..bila2 ada masa free..hehe..bila la agaknya..kang terberanak postpone lagi..hehe.

kla utk entry kali ini..saja nk sapu sawang sikit..lain kali sapu lagi sikit..hehe..

k babai..

wassalam..

Rabu, 7 September 2011

Entry Raye

Assalam,

Tak sempat lagi nak masukkan entry tentang raye..nanti dah free2, saya cuba masukkan ye...dah agak bersawang rupanya blog ni..hehe. Tak tahula apa yang bz sangat...badan rasa penat sangat sekarang ni...balik keje terys melepek je...penat

Jumaat, 26 Ogos 2011

Balik kampung dan ucapan

As salam semua...

Dalam sedar tak sedar hampir sebulan dah kita berpuasa..esok dah nak baik kampung dah....horrayyyy...hohoho blk kmpg...hohoho blk kmpg...hati riang...

Ok...saya ambik kesempatan ni nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua kaum muslimin dan muslimat tak kira di mana anda berada...

Kepada yang balik ke kampung "berhati-hati dijalan raya..ingatla orang tersayang yang berada di dalam kereta sekali dan yang menunggu anda di kampung"

Ok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...