Isnin, 4 April 2011

Kaki Cagu/kuku cengkam???



Sejak kebelakangan ini, klinik wong sering sahaja menjadi kunjungan ibu, abah dan danial.  almaklumlah dengan cuaca tak menentu sekarang, macam2 penyakit boleh dapat. untuk tahun 2011 ni sahaja, lebih dari 3 kali dah muka keluarga En.K je kat klinik tu...huhu..

hari ini danial dapat satu penyakit baru. Biasanya pergi ke klinik tu, kalau tak demam..batuk. Kalau tak batuk..selsema. Tu aje penyakit yang biasa2 dihadapi tapi hari ini penyakit berlainan sekali. Kuku kaki danial jadi cengkam/cagu..kesian kecil2 lagi dah kena penyakit tu. Doktor bagi ubat cuci, krim antibiotik, ubat demam/tahan sakit dan antibiotik minum. Hari ini dah terpaksa ponteng sekolah lagi, nak buat macammana kan, sakit sangat sebab dah bernanah. Gambar kaki dia tak boleh letak sini, kang ada yang tak lalu makan 7 hari 7 malam pula..

ni contoh kuku jari kaki yang kukunya cengkam/cagu

Nota kaki: pesanan untuk ibu dan abah danial, selalu2 lah check kuku danial ye.
IBU: maafkan ibu..sayang...huhu

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...