Ahad, 19 Jun 2011

Selamat Hari Bapa



AUTOPUBLISH

Assalamualaikum...

Sempena Hari Bapa ini, saya ingin ucapkan selamat hari bapa kepada 3 "Abah" di dunia ini yang sangat2 saya sayang terutama Abah yang sangat2 disayangi yang menjaga dan mamberi makan minum anakmu ini sehingga beso panjang..Dan Abah kepada Danial..semoga menjadi abah yang terbaik pada anak2 i"allah...dan Abahayah mentua yang sentiasa cool sokmo..semoga abah2 yang saya sebutkan ini sentiasa diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, sentiasa murah rezeki dan bahagia di dunia dan akhirat hendakNya...Aminnnnn


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu kuragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku dihatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuran ku pada tunduk dan titah arahanmu
Oh ayah..tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah.. x pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
Apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
Apalagi rasa terdera
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia
Akhiran masa….
Sentuhanmu amat bermakna~

Jumaat, 17 Jun 2011

Tidur Dengan Bantal Lengan...(Good Info)?::

7AUTOPUBLISH

Assalam,

Kepada sesiapa yang nak berkahwin atau sudah berkahwin atau dah lama kawin, meh baca ni untuk info ye..

Tidur Berbantalkan Dengan Lengan Suami ........


ehsan gugel


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari 
celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)...FAKTA....sirius....

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?
 


note: Takleh nak lama2 duk kat lengan sbb sakit tengkok..hehe

Khamis, 16 Jun 2011

Lagu Tema Nora Elena- Berubah

AUTOPUBLISH





Lirik Berubah - Erry Putra feat Reen Rahim (OST Nora Elena)

Berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalku sendiri
Kelam seluruh jiwaku

Chorus
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

Ooo.. Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

Semuanya telah berakhir.. Ooo..

Ulang Chorus

Semuanya telah berakhir

Ulang Chorus

Oh kasih


Download

kredit utk atenzone

KHAIRYNA

Rabu, 15 Jun 2011

Ulasan dan maklum balas :DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe

AUTOPUBLISH


Assalam,

Meh baca kenyataan dari pihak Secret Recipe berhubung perkara di atas. Isu dari en3 sebelum ni di sini


Kenyataan Rasmi  Secret Recipe


Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut : 

**So kepada peminat2 kek/produk Secret Recipe, bolehla menarik nafas lega lepas ni..k

Selasa, 14 Jun 2011

Luahan hati anak yang baru berumur 4 tahun 8 bulan

AUTOPUBLISH

Assalam..

Ni nak kongsikan luahan hati seorang anak...(T_T)

"Ibu, bila dah dah ada adik nanti, betul ke ibu dah tak sayang abang??"

Kalau korang, apa korang boleh jawab?bergenang airmata tau bila dia tanya macam tu kat saya..huhu..sedih tau.

saya pun jawab.."takla sayang..ibu akan sayang jugak sama macam adik. takkan ibu tak sayang abang pulak. kalau orang lain tak sayang dah abang bila abang dapat adik, takpe ibu tetap sayang abang"...sambil peluk dan cium dia...huhu

tula jwpn dari saya untuk anak tersayang tu...tak tau kenapa dia blh tanya macam tu..pilu rasa hati seorang ibu..

danial masa umur 3 thn ++

danial masa umur 3 thn ++

danial masa umur 4 bulan

Isnin, 13 Jun 2011

Cuci mata gambar si kecik-Part 2

AUTOPUBLISH

Assalam..

Sori ye..Ni en3 suka suki yang memaparkan aksi2 si kecik saya ni..untuk cuci2 mata bila masa dah tua nanti..hehe






















Sabtu, 11 Jun 2011

Demam Angau Cerita Nora Elena

Assalam,

Sinopsis Drama Nora Elena


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…


Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.


Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?


Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.



nora elena
Barisan Pelakon
Aaron Aziz sebagai Mohd Seth Tan,
Miera Liyana sebagai Maria Tan,
Siti Saleha sebagai Nora Elena,
Ery Putra sebagai Amir,
Zul Ariffin sebagai Eid,
Fateen sebagai Adila,
Ana Dahlia sebagai Azira,
Shah Iskandar sebagai Malik,
Wan Sharmila sebagai Yvonne .
Sebuah siri baru yang adaptasi daripada novel Kasih Yang Suci karya Maen Zulaekha di slot Akasia TV3, “NORA ELENA” mulai 10 Mei setiap Isnin-Khamis, 7 ptg.

Uihhh..tak sabo nak tunggu abis cerita ni...Dari episod 1 sampai la ni tak pernah miss walau 1 pun...wahhh i love cerita Nora Elena ni...muahhh..muahhh..muahhh









Jumaat, 10 Jun 2011

Cuci mata gambar si kecik-Part 1

AUTOPUBLISH

Assalam,

En3 suka suki hari ni..saje nak share gambar danial masa kecik2 dulu...selamat mencuci mata..






























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...