Ahad, 29 Mei 2011

Sekadar hiburan

9AUTOPUBLISH

Assalam,

Saje je nak share video2 kat bawah ni...




Sekian,




Sabtu, 28 Mei 2011

Wanita Terselamat Dari Disimbah Asid

Assalam,

Berita terbaru yang ingin dikongsi bersama pembaca. 

Wanita Terselamat Dari Disimbah Asid

Kuala Lumpur: Keengganan seorang eksekutif pemasaran wanita membuka tingkap kereta apabila diketuk seorang lelaki bermotosikal di lampu isyarat di Pasar Seni, di sini, menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa terbaru kes simbah asid, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun dikatakan dalam perjalanan ke pejabatnya sebelum tingkap keretanya diketuk suspek ketika berhenti di lampu isyarat berkenaan. Lelaki terbabit yang berang dengan tindakan mangsa enggan membuka tingkap kemudian bertindak mengambil botol yang disimpan dalam raga motosikalnya sebelum menyimbah ke arah kereta mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dipercayai berang dengan keengganan mangsa untuk membuka tingkap sebelum menyimbah cecair berwarna merah jambu itu ke kereta mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu segera memberhentikan keretanya sebaik tiba di stesen minyak berhampiran untuk melihat apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang dilaporkan berada dalam ketakutan itu kemudian dihampiri seorang lelaki mendakwa berada di belakang kenderaan mangsa ketika kejadian itu berlaku.

“Lelaki terbabit mendakwa sempat mengambil gambar suspek dan berjanji menghantar e-mel kepada wanita berkenaan. Namun, sehingga kini mangsa masih belum menerimanya,” katanya.

Katanya, polis kini masih mengumpul maklumat untuk mengesan lelaki berkenaan. -hm

Ulasan GB

Moralnya? Ya, usah buka cermin kereta apabila diketuk oleh orang yang tidak dikenali.



Jumaat, 27 Mei 2011

Hepi Besday Buat suami tercinta

Assalam,

Just nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke 28 hari ini buat insan yang tersayang En Khairy Bin Khalid aka En KK. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah S.W.T tak kira apa sahaja yang dilakukan serta diberi kebahagiaan di dunia dan di Akhirat...aminnnnn

KaSih sEjatI MemBAwA SeRIbu keBAhAGiaAn,
KEseTiaAn dAn KaSiH SaYAng kEkaL AbADi




Perniagaan Makanan Luput Tarikh Mampu Menjadikan anda Jutawan..

Assalam,


Pagi jumaat ni nak share kisah benar...mana tahu secara tak sedar kita juga terbabit sama..bkn maksud saya terbabit sama tu kita yang buat kerja terkutuk tu tapi maksudnya takut kita terkena dengan agenda pihak yang terbabit tu...Jadi sila ambil tahu ye kisah benar ini yang saya rasakan cukup buat untuk kita berfikir dan termenung sejenak...emmm

KM 21

Kg Sg Salak

Batu 10, Jalan Gombak
Gombak, Selangor
10 Mei 2011
10.15 malam
nota : telah dikemaskini.

Bukan susah untuk menjadi kaya raya.




Bagaimanapun, untuk menjadi kaya raya dengan penipuan dan perbuatan yang saya anggap begitu keji, celaka dan jelik ini adalah melampau.



Banglo ini terletak di tanah lot kira-kira 2 kilometer ke dalam.


Lokasinya terpencil, malah tiada siapa yang mengesyaki apa yang berlaku di sini.


Sekali imbas, ia langsung tidak menggambarkan, berlakunya sesuatu yang di luar kebiasaan di sini.

Ia dihuni sekeluarga yang mempunyai taraf penduduk tetap (Indonesia).


Perniagaan mereka mudah – juallah apa sahaja bahan makanan yang telah luput tarikh.


Carilah barangan itu di dalam tong sampah, tapak pelupusan atau mereka yang tidak mahukannya lagi – lakukan kitaran semula. kemudian jual.



‘Aiskrim Malaysia’ pun ada – perisa coklat lagi – kanak-kanak sekolah amat gemarkannya.


Mungkin anak anda salah seorang penggemar aiskrim ini – lemak berkrim.


Ye, apa yang anda lihat ini adalah realiti yang sebenarnya berlaku – asalkan boleh untung, soal lain diketepikan.


Anda bayangkan , sarapan pagi anda adalah sebenarnya dari air susu yang telah ‘expired’ sebulan lalu.


Jika anda minum teh, sedapnya lain macam, mungkin sumbernya dari sini.


Anda menggosok gigi menggunakan ubat gigi yang telah juga expired 2 tahun lalu.


Susu pekat manis yang anda gunakan atau minum di kedai atau warong, sebenarnya susu yang tinnya telah berkarat, kemek sana-sani dan sudah pasti yang telah luput tarikh.


Hasil risikan dan intipan, akhirnya malam tadi kira-kira jam 10.15 malam, sepasukan 10 anggota penguatkuasa KPDNKK Cawangan Gombak diketuai Pegawai Penguatkuasa Ramli Nayan, melakukan serbuan.


Ketika serbuan, dua wanita sedang leka membasuh dan menanggalkan cetakan tarikh luput pada puluhan susu di dalam botol yang telah luput tarikh sebulan lalu.


Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan - seorang berusia 50han, warga Indonesia bertaraf penduduk tetap dan seorang lagi wanita berusia 34 tahun – memiliki paspot Indonesia.


Di dalam rumah bertimbun dan bersepah pelbagai barangan ditemui termasuk di dalam bilik tidur dan di bawah katil.


TV LCD punyalah besar.



Sasaran jualannya ialah restoran, warong dan kedai runcit .Barangan luput tarikh ini dipercayai diperolehi melalui beberapa pihak dan juga dari pusat pembuangan sampah.


Oh ye, selain makanan, barangan bukan makanan juga ditemui dan dikitar semula.


Jika anda wanita, dan tiba-tiba merasa ‘lain macam’ apabila memakai ‘tuala wanita @ pad, mungkin ia berasal dari mana-mana tong sampah dan dibawa ke rumah ini untuk di bungkus semula.


Begitu juga , bayi anda mungkin rasa lain macam juga ketika memakai lampin…


Dan mana tau, rambut anda yang beruban, tiba-tiba boleh menjadi hitam semula, anda kena ragui kerana formula syampunya mungkin berasal dari sini!


Menurut Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Osman Nawang, berkemungkinan ada pihak lain yang bersekongkol dalam kes ini menyebabkan mereka mendapat bekalan bahan yang telah luput tarikh ini.


Sejumlah kira-kira 4000 item dirampas bernilai kira-kira RM30,000.

Info dari : Sini




Rabu, 25 Mei 2011

Peranan Suami Semasa Isteri Sakit Hendak Bersalin

AUTOPUBLISH

Assalam,

Saya nak kongsikan juga satu blog ni yang sangat2 bagus..Sila baca ye ibu2 terutama kaum Bapa yang sangat2 berinfomasi ni...

Peranan Suami Semasa Isteri Sakit Hendak Bersalin
Bismillah,

---------------------------------------------------------------------------------------------

Terkenang sekali nak beranak dulu, ada seorang suami yang sekali bini dia teran, dengan dia2 sekali rasa nak berak. Itu tak masuk cerita misi2 yang kata bukan sorang dua yang pengsan time bini nak bersalin. As for me, mujur alhamdulillah suami tak nak melepaskan peluang untuk berada di sisi menemani saya menghadapi rasa sakit yang tak boleh nak describe tu.

Peranan suami :

1-Bawakan beg isteri - selain dari mengisi barangan bayi dan isteri, sebagai seorang suami ada baiknya jika anda membawa bersama baju sepersalinan untuk diri anda. Manakan tidak, proses nak mengeluarkan cahaya mata anda tu boleh menjadi sehingga 48 jam lamanya. Jadi untuk menyaksikan baby launching (ayat Ayu Iceboxrivet ni), maka haruslah siapkan baju untuk diri sendiri melainkan rumah anda tepi pagar hospital.

2.Pegang barangan berharga isteri - selalunya orang tak bawa dah duit juta-juta nak pergi bersalin. Barang kemas pun kalau boleh biarlah bulan terakhir kehamilan tu tanggalkan siap2. Jadi suami kena jaga kad bank, IC, kad insuran dan kad2 yang anda tahu ia adalah penting dan tidak boleh hilang. Tapi jangan bagi kat laki yang kaki kikis lak kang sempat dia tarah bukit dalam bank pulak :P

3.Tenangkan isteri - sakit tu nak bersalin. Sekalipun tidak dapat melahirkan secara normal, mengeluarkan anak dari rahim tetap sakit. Jadi bukan salah si ibu lah kalau dia berbunyi2 mengeluh menahan kesakitan. Jadi di situlah peranan si bapa untuk tenangkan isteri. Tolong urut2 kat mana yang patut seperti urut kat bahagian kaki, usap2 kepala atau sekadar pegang tangan. Isteri anda tau sangat bahawa tidak banyak yang anda dapat lakukan untuk kurangkan kesakitan tapi sebenarnya banyak yang anda dapat lakukan untuk memberi dia ketenangan.

4.Kalau perlukan apa2, dalam keadaan kesakitan tu, maka si suamilah yang akan mendapatkan sesuatu untuk kita.


5.Jadilah seorang suami yang penuh dengan kata-kata semangat, "Umi boleh... sikit lagi... jangan mengalah umi... ingat ALLAH umi" dan lain-lain kata yang mungkin akan menjadikan isteri anda tiba2 ada power untuk teran keluar anak. Kalau Popeye ada salad untuk keluarkan energy dan muscle dia, seorang isteri hanya perlu kata semangat dari anda untuk jadi lebih hebat dari Popeye!

6.Potong tali pusat - itupun kalau berani dan kalau dibenarkan oleh doktor dan misi lah. Seterusnya uruskanlah uri tu sebagaimana yang telah ditentukan. Semoga anak yang dilahirkan adalah anak yang soleh dan solehah.
Semoga anak yang dilahirkan adalah anak yang soleh dan solehah. Semoga diberi kemudahan untuk melahirkan. Amin....

P/S: Saya suka baca kat blog siti sifir ni sebab banyak maklumat dan info serta cerita boleh dikongsi..


Selasa, 24 Mei 2011

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe

Assalam,


Just nak kongsikan perkara penting ini. Sama2la kita renungi. Apa2 makanan yang kita makan akan jadi darah daging, that's why anak2 zaman sekarang mudah terjerumus ke arah moral yang negatif...wallahuallam..mungkin juga kan? Saya doakan anak2 kita jauh dari perkara2 yang negatif ini dan mendapat perlindungan dari Allah S.W.T...aminnnnnn..





DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe
Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo
Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!

kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!

Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

 
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011



Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.






Sabtu, 21 Mei 2011

Jalan-jalan at Bukit Merah Lake Town Resort-Part 1

AUTOPUBLISH

Assalam..

Cuci2 mata jela ye sebab malas nak bercerita..lagipun takde aktiviti pun masa 1st day sampai..just klik2..dan klik lagi..Ekceli banyak lagi gambar2 yang tak diupload. ada dalam laptop kat rumah..lain kali saya just add jela kat post yang dah sedia ada ni ye..malas nak buat post byk2..hehe


First Day:


















Jumaat, 20 Mei 2011

Streamyx dah siap pasang

Assalam..

Dalam tunggu dan terus menunggu...setelah hampir 3 minggu menunggu untuk pemasangan streamyx kat rumah, akhirnya berjaya juga. Dari sebelum pergi bercuti di bukit merah(next en3 ye) lagi, sampai dah pun balik dari bercuti, baru hegeh2 nak pasang..janji pemasangan dibuat adalah kali ke 3, baru setel. Patutlah dapat aduan pelanggan mengamuk sebab tak pasang2 talian. Kalau macam ni lah kerja kontraktor2 yang telah disubkan oleh TM, alamatnya mau lingkup syarikat TM kesayangku. Huhu. Apa2 pun semua dah setel, bermula kelmarin yakni 18 Mei 2011 saya dan En KK dengan rasminya adalah pelanggan Streamyx aka TM..hohohoho..

Gambar tak sempat ambil. Tapi mana2 pun sama je bentuknya kan..kan..macam kat bawah ni
*
*
*
*
*
*
*



Ok itu saje. bobaiii



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...