Sabtu, 28 Mei 2011

Wanita Terselamat Dari Disimbah Asid

Assalam,

Berita terbaru yang ingin dikongsi bersama pembaca. 

Wanita Terselamat Dari Disimbah Asid

Kuala Lumpur: Keengganan seorang eksekutif pemasaran wanita membuka tingkap kereta apabila diketuk seorang lelaki bermotosikal di lampu isyarat di Pasar Seni, di sini, menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa terbaru kes simbah asid, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun dikatakan dalam perjalanan ke pejabatnya sebelum tingkap keretanya diketuk suspek ketika berhenti di lampu isyarat berkenaan. Lelaki terbabit yang berang dengan tindakan mangsa enggan membuka tingkap kemudian bertindak mengambil botol yang disimpan dalam raga motosikalnya sebelum menyimbah ke arah kereta mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dipercayai berang dengan keengganan mangsa untuk membuka tingkap sebelum menyimbah cecair berwarna merah jambu itu ke kereta mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu segera memberhentikan keretanya sebaik tiba di stesen minyak berhampiran untuk melihat apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang dilaporkan berada dalam ketakutan itu kemudian dihampiri seorang lelaki mendakwa berada di belakang kenderaan mangsa ketika kejadian itu berlaku.

“Lelaki terbabit mendakwa sempat mengambil gambar suspek dan berjanji menghantar e-mel kepada wanita berkenaan. Namun, sehingga kini mangsa masih belum menerimanya,” katanya.

Katanya, polis kini masih mengumpul maklumat untuk mengesan lelaki berkenaan. -hm

Ulasan GB

Moralnya? Ya, usah buka cermin kereta apabila diketuk oleh orang yang tidak dikenali.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...