Selasa, 7 Ogos 2012

Alhamdulillah selamat bersalin

Assalam,


Syukur kehadratMu Ya Allah kerana mempermudahkan proses bersalin kali ini. Saya telah selamat bersalin pada 26 Mei 2012 jam 6.51pagi di pusat perubatan universiti malaya(PPUM). Kalau ikutkan jangka masa bersalin rasanya belum lagi bersalin tapi nak jadi kisahnya sayakan ada kencing manis(GDM) masa mengandung kali ni. Jadi memang awal2 lagi Doktor bagitahu yang saya mungkin akan bersalin awal 2 minggu dari tarikh jangkaan(due date).

Pada 25 Mei 2012 aka sehari sebelum bersalin, saya ada anc(temujanji checkup). Bila Doktor check2 dan saya maklumkan yang lagi 2 minggu adalah tarikh jangkaan bersalin, Doktor maklumkan yang saya sepatutnya dah bersalin pada hari semalamnya. Terkedu gak dibuatnya. Doktor nak check bukaan kat bawah tu tapi disebabkan saya ni uri masa last scan masih kat bawah, jadi doktor sarankan buat scan dulu. saya setuju jela.

Lepas doktor dah call sana sini, dia bagi surat untuk buat scan (urgent). Dah scan, semua ok jarak uri ngan pintu rahim adalah 7cm kalau tak silap. so jauh sangat dah tu so blh bersalin normal. uhh lega rasenya bila dengar. tak bersedia la kalu kena czer.huhu. Sebelum jumpa doktor semula, sempatla hubungi mak dulu minta doakan moga semuanya selamat dan minta maaf kat dia dulu(masa ni rase sebak je..huhu). En KK hubungi family dia bagitau yang saya dah nak bersalin. Semua terkejut sebab tak sangka kena bersalin awal. Masa ni tengah doa banyak2 semoga Allah permudahkan segalanya.

Selepas dah hubungi semua2 tu,so pergi jumpa doktor semula, tunjuk result scan dia pun kata ok. Dia hubungi bahagian 'labour room' untuk pastikan bilik ada kosong atau tak. Bila bahgaian sana kata ada kosong, dia minta saya dan En KK pergi ke sana. dup dap dup dap berdebar rasa hati melangkah ke sana..seram.

Sampai sahaja kat situ, bagi kad temujanji, surat bagai dll. Nurse tu bagitau semua barang kemas sila tanggal bagi pada suami kalau ada, beg juga bagi pada suami dan sila ikut akak tu untuk tukar baju. Saya pun ikutla akak sorang tu ke bilik. Dia bagi baju 'uniform' untuk bersalin. Bila masuk bilik tu ada sorang doktor india lelaki. Dia minta tukar baju dulu lepas tu duduk atas katil. Dia nak temuramah sikit.hehe.

Dah siap salin baju, bagi baju kat En KK yang pakai tadi untuk En KK bawa balik. Ok tiba saat nak berpisah dengan En KK..huhu sedih dan sebak masa ni sebab minta maaf minta dia halalkan semua dan doakan yang terbaik permudahkan bersalin.

Masa masuk semula ke bilik, doktor tadi dah menunggu. Dia suh saya baring kat katil. Tanya itu ini, sejarah keluarga kena kencing manis la..diet makan ke cucuk insulin la..bla..bla..bla..mcm2 dia tanya. lepas  dah siap
proses temuramah tu, ha masa ni hati tak tenteram sebab dia nak isi jarum kat tangan. Punyala besar jarum..aduss pejam mata saya dibuatnya. Bila dah siap,legaaaa. Abis dah bab pasang jarum, ni baru bermula untuk proses nak bersalin...

oleh sebab dah panjang sangat, kita sambung next entry ye..ok babai..

wassalam

2 ulasan:

anna berkata...

bila zie nak apdet blog???dah nak setahun ni

Khairyna berkata...

hehehe..ana malasnya nk mula menulis..ntahla bile nak hapdet blog ni..tgkla nti klu rajin..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...