Rabu, 7 September 2011

Entry Raye

Assalam,

Tak sempat lagi nak masukkan entry tentang raye..nanti dah free2, saya cuba masukkan ye...dah agak bersawang rupanya blog ni..hehe. Tak tahula apa yang bz sangat...badan rasa penat sangat sekarang ni...balik keje terys melepek je...penat

Jumaat, 26 Ogos 2011

Balik kampung dan ucapan

As salam semua...

Dalam sedar tak sedar hampir sebulan dah kita berpuasa..esok dah nak baik kampung dah....horrayyyy...hohoho blk kmpg...hohoho blk kmpg...hati riang...

Ok...saya ambik kesempatan ni nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua kaum muslimin dan muslimat tak kira di mana anda berada...

Kepada yang balik ke kampung "berhati-hati dijalan raya..ingatla orang tersayang yang berada di dalam kereta sekali dan yang menunggu anda di kampung"

Ok..

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat ulangtahun perkahwinan mak dan abah

Assalam...

Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan mak dan abah saya...yang ke 35tahun...huhu..lamanya kan? Bertambah special hari ni sebab bersamaan dengan bermulanya puasa tahun 2011...semoga berbahagia hingga akhir hayat kalian...aminnnn

Selamat berpuasa

Assalam...

Dikesempatan ni rasenye tak terlewat lagi nak ucapkan selamat berpuasa bagi seluruh umat islam di seluruh dunia..semoga tahun ini akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T. InsyaAllah...aminnn

Isnin, 25 Julai 2011

Kisah Si Kecil Ita

AUTOPUBLISH

Assalam,

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti air mata mencurah2. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...




Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
 'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

p/s : entah berapa kali dah baca kisah ni, air mata tetap tak boleh ditahan...turun bagai hujan melimpahi bumi...sedihh..huhu

Khamis, 21 Julai 2011

Berkongsi kisah duka

Assalam,

Saya ada juga mengikuti perkembangan kisah ini...sama2la kite menghayati kisah duka ini yang saya copy paste je dr emel utk tontonan dan bacaan semua..


As forwarded to me...lets us share..... 


Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused*

Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan merasai setiap detik-detik penuh nikmat.

Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.
Norma and Talib on their wedding day

Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal. 
ini adalah Rafiq..permata hati Norma & Talib

Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih dari saya.

Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan *

 
Norma at hospital. Jauh beza dengan waktu dia sihat :(
I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan. 
Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah?

Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...
a very strong husband...to a strong wife
Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah.
cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif

Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.
Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)

Rafiq with his mother...ohh~ (T__T)

Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang. 

Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon. Sila lah panjang-panjang kan diFB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.

Jumaat, 15 Julai 2011

Hepi sebab dapat IPad 2

Assalam,

Taknak cakap banyak, just hepi ok sebab dah dpt IPad 2. Pasni tak berupdate lg blog ni tak tau la...hehe. Malas jela jawab nya.

Nila rupa IPad saya

Selasa, 5 Julai 2011

Hari lahir sepatutnya meraikan ibu bukan diri sendiri..

 AUTOPUBLISH

Assalam.

 Hari lahir sepatutnya meraikan ibu bukan diri sendiri..

 
Pagi ni ada meeting satu kelab kat ofis..bicangla pasal aktiviti yang akan dianjurkan la, megemas la..apa2 semua la...
 
Akhir sekali,masa dah nak abis meeting, dan menyentuh perihal sambutan harijadi, pengerusi sempat berpesan pada kami semua dan membuatkan saya/kami terkedu/tersentuh dan bermacam terrr lagi bahawa kita sepatutnya meraikan harijadi kite dengan memberi ucapan terima kasih kepada ibu kite yang telah melahirkan kite kerana saat itu ibu yang bertarung nyawa antara hidup dan mati, betul tak? Kenapa orang perlu raikan hari lahir kite?sebab umor makin bertambah kah?sebab kita makin tuakah?emmm fikir2kanla..
 
Selepas ini, saya berjanji setiap hari lahir adik-beradik saya, saya akan ucapan terima kasih pada mak saya..kerana susah payah melahirkan kami di dunia ini...huhu
 
p/s: bergenang air mata tatkala ingatkan macam mana mak lahirkan saya dulu. Bila saya dah jadi ibu, barula tau macam mana sakitnya bersalin, macammane membesarkan anak ...huhu
 
p/s: Kepada siapa2 yang selalu tinggikan suara, bermusuh dengan mak sendiri serta membuatkan mak terluka dan menangis...sekiranya anda telah jadi seorang Ibu, anda akan merasa dan insaf apa yang anda lakukan kepada ibu anda...kerana hanya pengalaman yang dapat membuktikan segalanya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...