Jumaat, 29 April 2011

Selamat Hari Pekerja (Labour Day)

Assalamualaikum,

Saya hanya nak ucapkan selamat bercuti kepada semua warga yang bekerja. Plan 3 hari cuti ni tak tau lagi nak ke mana..mungkin last minute pergi la mana2 je janji jalan2..kepada yang balik kampung, hati2 di jalan raya ye..bagi sesiapa yang nak datang ke KL, selamat datang..hehe dan kepada sesiapa yang bercuti, selamat bercuti sakan..



Rabu, 27 April 2011

Nak Test dengan JPJ

Assalam,

Emm ekceli dari hari ahad nak post mende ni. Bukan apa sebelum ni kan dah cite pasal gi KPP, ExamBengkel dan belajar kereta. Sekarang tiba masa untuk hari yang paling penting dalam hidup eceh macam antara hidup dan mati je bunyinya. Saya ada rasa cuak gak sebenarnya...almaklumla test ini adalah penutup segala apa yang saya belajar selama ni..Cepatkan saya dah nak test? emm agak cepat sebenarnya sbb saya daftar pada 2 Mac 2011kalau tak silap. Kat bawah ni adalah antara proses yang saya hadapi dlm menjalani sesi untuk dapatkan lesen kereta.

KPP -(26/03/2011) sepatutnya pada 19Mac tapi saya tangguh pada minggu hadapannya kerana saya terpaksa tukar plan disebabkan abang saya datang ke rumah dan ajak ke sunway lagoon.

Test undang2 komputer-(1/04/2011)

Bengkel Pra L teori dan amali- (2/04/2011)

Start belajar kereta-(dari 16/04/2011 hingga ke 22/04/2011)

Ujian kelayakan QTI- (23/04/2011) -Lulus

So ujian JPJ dijangka pada 12/05/2011. Sepatutnya 28/04/2011 dah boleh test dengan JPJ dah tapi disebabkan lesen L saya bertarikh 11/04/2011, perlu cukup 1 bulan baru boleh test dengan JPJ. Jadi terpaksa la tunggu sehingga 11/5/2011. Ujian JPJ hanya ada pada hari khamis sahaja dan 11/05 adalah hari rabu so test kena buat pada khamis esoknya 12/05/2011.

kalau dihitung2kan tak sampai 2 bulan kan untuk saya dapatkan lesen. Agak cepatkan bagi seorg yang bekerja seperti saya. Iyalah kerja dari isnin hingga jumaat. Saat belajar adalah pada sabtu dan ahad sahaja. Itupun kalau ada hal terpaksa tangguh dan tangguh...

Saya bersyukur dan lega sebenarnya kerana hampir siap dah apa yang diharapkan setelah sekian lama. buat lesen sebab terpaksa kerana kalau En KK terpaksa kursus/training senang sikit saya nak ke tempat kerja. Ini tidak asyik bergantung padanya setiap masa kalau nak kemana-mana.

**DOAKAN SAYA BERJAYA DALAM TEST JPJ NANTI YE...TQ



Selasa, 26 April 2011

Gambar kreatif

Assalam,

Emm boring la petang2 ni..walaupun tengah kerja tapi kerja dah abis..so dari mengantuk, mari kite gi jalan2 kat blog orang lain cari mende yang kreatif2..jom cuci mata ye..dr blog NI.

Saya suka baca kat sini..gambar2 kelakar, pelik dan macam2 kite blh jumpa kat sini...layan ye













Nak tangok macam2 lagi gambar sila klik kat SINI




Isnin, 25 April 2011

Anak Perempuan????

Assalamualaikum..

Emm hari ni dok tercari-cari kalendar cina la, petua la..macammana nak dapatkan anak perempuan...hahaha..Memang plan tahun ni nak pregnant, dan bersalin tahun depan..Disebabkan danial lahir akhir tahun 2006(oktober), cadang2nya nak bersalin awal tahun la pulak dan semestinya impikan anak perempuan la kan...Tapi tu semua rezeki dari Allah, kalau tak dapat anak perempuan pun tetap kena bersyukur kan? janji sihat dan sempurna..

Setelah di belek2, di gugel2 terjumpa la kalendar ni. Jangan taksub atau percaya sangat tau, kita just jadikan panduan je okey?



Dari apa yang saya faham, ikut pengiraan berdasarkan kalendar ini, contohnya: sekiranya anda inginkan anak perempuan pada umur 29 tahun, ianya jatuh pada bulan Jan, Mac,April, okt, Nov dan Dis. So berusahala pada 9 bulan sebelumnya..ok?hehe..

**untuk umur 28 thn 6 bulan, sila assume as 29 tahun hokey!!...

Di bawah ni adalah cara di mana tentukan jantina anak mengikut kelendar(kitaran haid):

KALENDER KESUBURAN BULANAN (cth;sekiranya haid jatuh pd 1hb)

Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (anak P'puan): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)


Berdasarkan kalender diatas, bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak perempuan.

Sekiranya haid jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras (bersama suami).

Walaupun masa haid hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17 (wanita di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak L (lelaki) adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan. Untuk itu, saya sarankan agar menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan.

Ahad, 24 April 2011

Kongsi info dari emel (tak sure betul ke tak)

AUTOPUBLISH

Assalamualaikum,

Saya dapat maklumat dari FB..saya sharing di sini ye..sumber dari SINI
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _
Salam and Good Day,

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..
Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..


N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….


Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam…

p/s: maaf kpd pembaca, ramai yg menganggap artikel ini adalah pengalaman saya tetapi hakikatnya tidak.  tujuan saya kongsi artikel ini untuk mencari kesahihan krn dalam ramai pembaca mgkin ada yg mengetahui fakta atau rujukan sebenar di samping ingat mengingati kpd kita sesama islam dalam bab pemakanan seperti ini.. harap malum..
"mencari yang halal adalah fardhu bagi kita"

untuk bacaan susulan sila ke: http://layarminda2.blogspot.com/2011/04/benarkah-sardin-katak-milo-cacing-e110.html

Wallahuallam...saya tak pasti kesohehan cerita ni...samada rekaan untuk menjatuhkan pihak tertentu ataupun memang bukan rekaan semata2...saya tak berani nak komen lebih2..anda yang membeli..anda yang tentukan...k


Sabtu, 23 April 2011

Streamyx @ UNIFI...mana 1 pilihan kalbu

AUTOPUBLISH


Assalamualaikum...

Yang mana satu..Idaman kalbu...emm bila dah kena buat pilihan camni mula la teringat lagu arwahyaham P.Ramlee. Memang dalam dilema sekarang..Kalau ikutkan telah sebulat suara untuk memilih UNIFI untuk pasang kat rumah ni...tapi apakan daya kawasan liputan masih belum ada di kawasan perumahan saya betulke org tmpoint ni. Macam tak logik pula tengah2 area KL ni masih belum ada lagi...Walaupun pakejnya agak mahal, untuk pelanggan biasa, saya terpaksa menunggu lagi untuk mendapatkan harga pakej ini untuk staf..Tapi kalau dah ada harga untuk staf pun, kalau area kawasan masih belum ada..pun tak guna juga...

So terpaksa memilih streamyx dulu, nak kena pilih pula yang mana pakej lagi bagus dan laju...adussss pilih lagi..pening dah eden ni asyik nak memilih je..macam takde keroje lain gamaknya yeekk...ish3x...nak kena telefon sana sini..tanya itu ini..nama je pekerja syarikat telekomunikasi tapi info2 semua kena gak tanya org 100...hehe...malas nak ambil tau sebenarnya...banyak sangat pakej la, produk la...jenuh nak ingat satu2...senang kerja dail je 100..dapat semua info...hehe

tapi kawan2 dan blog readers semua, kalau nak try2 masuk UNIFI ni..ni ada sedikit info sempat lagi mempromote ye..ahaks atau klik kat SINI

  • 5 Mbps – RM 149
  • 10 Mbps – RM199
  • 20 Mbps – RM249



                                         klik untuk besarkan imej

k. selamat memilih...hehe

Jumaat, 22 April 2011

Danial dah nak masuk sekolah

AUTOPUBLISH

Assalamualaikum...

Hari rabu baru ni 20/4/2011, selesai sudah pendaftaran kemasukan danial darjah 1 ke sekolah dan saya berasa amat3 lega sekali ye..Di sebalik sebelum hari pendaftaran tersebut saya dan En KK sangat kecewa dan risau sebenarnya kerana sebelum ni saya ada terbaca di FB tentang pendaftaran kemasukan sekolah 2013 sejak bulan Mac lagi. Oleh sebab saya dah bertanya pada owner taska yang danial duduki sekarang menyatakan tidak perlu terlalu awal untuk membuat pendaftaran, saya hanya mengiyakan dan melupakan hasrat terus..

Apabila balik dari kerja petang selasa 19/4/2011, saya telah diberitahu semula oleh owner taska itu untuk mempercepatkan pendaftaran kerana tarikh tutup adalah pada 29/4/2011..saya pun menghitung2 hari...alamak tak sampai 10 hari je lagi..entah2 dah penuh dah..Saya sangat risau ye..almaklumla sekolah sangat dekat dengan rumah...kalau dah penuh, mana lah saya nak hantar danial untuk sekolah...huhu..

Dalam keadaan cuak+risau+gabra+marah dan macam2 perasaan lagi, saya dan En KK ke sekolah tersebut. Setelah bertanya apa yang patut, saya bersyukur sangat sebab tak ramai lagi yang mendaftar rupanya. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa pendaftaran telah dibuka sejak 1 Mac lagi...Nak tahu saya tahu dari mana info ni? rupanya2 ada banner dah lama terbentang di pagar sekolah ni. Akan tetapi banner tersebut tersangatla save bajet...kenapa? banner yang digunakan adalah banner tahun lepas punya di mana tahun pendaftaran 2012 telah di 2012 dan diganti dengan 2013 dengan hanya menggunakan pen/marker sahaja..dan tarikh tuttup hanya di lekatkan masking tape dan diganti tulisan baru diatasnya...huhu sedih betul. Gambar lupa nak ambil pulak...tapi memang tragiss....patutla ramai yang tak perasan...emmmm


Khamis, 21 April 2011

Divider at Nilai 3

AUTOPUBLISH

Assalam,

Hari tu ada janji nak tunjuk divider yang dibeli di nilai 3 kan?rujuk entry INI
So inilah hasilnya dengan bajet yang sangat memuaskan hati

abaikan si budak kecik di depan tu ye


Abaikan rumah yang bersepah dan si kecik itu, fokus pada divider sahaja..


Rabu, 20 April 2011

Nasi berlauk-hidangan hujung minggu

AUTOPUBLISH

Pada hari sabtu, tak sempat nak memasak sebab seharian berada di pc fair. So hari ahad adalah masa untuk kite cooking2..tu pun setelah balik dari sesi belajar memandu..agak memenatkan tapi nak buat macam mana, urusan rumahtangga tak boleh diabaikan..lebih2 lagi permintaan dari En KK yang meminta memasak Nasi Berlauk untuknya...so kita masak untuk sampai malam terus..hehe. Resepi saya ambil dari sini





Gulai Ikan Nasi Berlauk
Sumber ;Mak 


Bahan
1 ekor ikan tongkol/ 4-5 ekor ikan kembong
*2 inci lengkuas
*3 inci kunyit hidup
*5 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
* 2 sudu besar cili kering yg dimesin
*2 inci halia
1 sb serbuk gulai ikan/ 1 sb rempah ketumbar(ditumbuk)
1 pkt santan - campur dgn 4-5 cawan air @ ikut kepekatan yg diinginkan
garam (ikut rasa),4 keping asam keping 


Cara-cara
  
1.Ikan yg dibersihkan dipotong dan direbus dgn sedikit air (sekadar menutup ikan), 2 keping asam dan sedikit garam sampai mendidih dan air sedikit kering. Air jgn byk sbb nanti ikan yg direbus tak pejal isinya.
2. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
3.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dlm periuk dan masukkan santan . biarkan mendidih sekejab,masukkan asam keping dan garam.
4.Kacau seketika kuahnya agar tak berketul dan bahan2 'mesra'.
5. Masukkan ikan dan kacau hingga mendidih lagi hingga masak.
 


Selasa, 19 April 2011

Aksi si cilik ku

AUTOPUBLISH

Amboi2 mentang2 baru beli kamera, macam2 aksi dia buat...lihat la tu











Maaf gambar agak blurr sebab si modelnya bergerak aktif dan sangat tak duduk diam..huhu

Isnin, 18 April 2011

Updated: PC fair at KLCC

hi semua..

seperti yang dijanjikan, apa yang kami beli kat KLCC sabtu lepas? hehe..hanya dapat sebuah kamera...sebuah ke?emm hentam sajalah...sebuah ke sebiji ke..janji dapat KAMERA..ala yang biasa2 je..bukan DSLR pun..mengikut kata2 En KK aka asben ku yang tercinta wahh sempat lagi cintan cintun di situ..ekeke, taknak beli yang besar2 gedabak sebab susah nak bawa kemana2bukan sebab bajet ciput ke..hehe. Lagipun dia dah selalu dengan dslr di tempat kerjanya, agak membosankan nak bawa besar dan agak berat itu. So last decision, kami dapatlah bawa balik kamera jenama SONY dan ia agak comel dan cute je senang letak dlm poket seluar je kalau nak ke mana2 dan harganya lebih kurang rm1K sahaja.  Nanti saya update dan upload gambar kamera tersebut. k sebelum tu nak hidangkan gambar2 yang telah diambil menggunakan kamera baru ini..hehe..




Sempat juga melaram di KLCC semasa otw nak balik





Dan yang ini masa dalam kereta otw nak balik ke rumah setelah seharian penat berjalan di PC Fair









Ok itu sahaja.

Sabtu, 16 April 2011

PC fair at KLCC

Hi all,

hari ini dijadualkan untuk menghadiri pc fair kat KLCC...wahhh ayat formal abiss..sepatutnya ikut perancangan, arini adalah hari untuk belajar kereta dan esok ke pc fair. Akan tetapi last2 minit telah ditukarkan jadual ke hari esok. Oleh sebab tu saya terpaksa menukar rancangan ynag hari sabtu ke hari ahad dan hari ahad ke hari sabtu. nak beli apa? emmm cadangnya nak beli laptop dan kamera. Nanti saya update kemudian apa yg kami telah beli ye di PC Fair at KLCC. tungguuuuuuu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...