Jumaat, 22 April 2011

Danial dah nak masuk sekolah

AUTOPUBLISH

Assalamualaikum...

Hari rabu baru ni 20/4/2011, selesai sudah pendaftaran kemasukan danial darjah 1 ke sekolah dan saya berasa amat3 lega sekali ye..Di sebalik sebelum hari pendaftaran tersebut saya dan En KK sangat kecewa dan risau sebenarnya kerana sebelum ni saya ada terbaca di FB tentang pendaftaran kemasukan sekolah 2013 sejak bulan Mac lagi. Oleh sebab saya dah bertanya pada owner taska yang danial duduki sekarang menyatakan tidak perlu terlalu awal untuk membuat pendaftaran, saya hanya mengiyakan dan melupakan hasrat terus..

Apabila balik dari kerja petang selasa 19/4/2011, saya telah diberitahu semula oleh owner taska itu untuk mempercepatkan pendaftaran kerana tarikh tutup adalah pada 29/4/2011..saya pun menghitung2 hari...alamak tak sampai 10 hari je lagi..entah2 dah penuh dah..Saya sangat risau ye..almaklumla sekolah sangat dekat dengan rumah...kalau dah penuh, mana lah saya nak hantar danial untuk sekolah...huhu..

Dalam keadaan cuak+risau+gabra+marah dan macam2 perasaan lagi, saya dan En KK ke sekolah tersebut. Setelah bertanya apa yang patut, saya bersyukur sangat sebab tak ramai lagi yang mendaftar rupanya. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa pendaftaran telah dibuka sejak 1 Mac lagi...Nak tahu saya tahu dari mana info ni? rupanya2 ada banner dah lama terbentang di pagar sekolah ni. Akan tetapi banner tersebut tersangatla save bajet...kenapa? banner yang digunakan adalah banner tahun lepas punya di mana tahun pendaftaran 2012 telah di 2012 dan diganti dengan 2013 dengan hanya menggunakan pen/marker sahaja..dan tarikh tuttup hanya di lekatkan masking tape dan diganti tulisan baru diatasnya...huhu sedih betul. Gambar lupa nak ambil pulak...tapi memang tragiss....patutla ramai yang tak perasan...emmmm


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...