Rabu, 27 April 2011

Nak Test dengan JPJ

Assalam,

Emm ekceli dari hari ahad nak post mende ni. Bukan apa sebelum ni kan dah cite pasal gi KPP, ExamBengkel dan belajar kereta. Sekarang tiba masa untuk hari yang paling penting dalam hidup eceh macam antara hidup dan mati je bunyinya. Saya ada rasa cuak gak sebenarnya...almaklumla test ini adalah penutup segala apa yang saya belajar selama ni..Cepatkan saya dah nak test? emm agak cepat sebenarnya sbb saya daftar pada 2 Mac 2011kalau tak silap. Kat bawah ni adalah antara proses yang saya hadapi dlm menjalani sesi untuk dapatkan lesen kereta.

KPP -(26/03/2011) sepatutnya pada 19Mac tapi saya tangguh pada minggu hadapannya kerana saya terpaksa tukar plan disebabkan abang saya datang ke rumah dan ajak ke sunway lagoon.

Test undang2 komputer-(1/04/2011)

Bengkel Pra L teori dan amali- (2/04/2011)

Start belajar kereta-(dari 16/04/2011 hingga ke 22/04/2011)

Ujian kelayakan QTI- (23/04/2011) -Lulus

So ujian JPJ dijangka pada 12/05/2011. Sepatutnya 28/04/2011 dah boleh test dengan JPJ dah tapi disebabkan lesen L saya bertarikh 11/04/2011, perlu cukup 1 bulan baru boleh test dengan JPJ. Jadi terpaksa la tunggu sehingga 11/5/2011. Ujian JPJ hanya ada pada hari khamis sahaja dan 11/05 adalah hari rabu so test kena buat pada khamis esoknya 12/05/2011.

kalau dihitung2kan tak sampai 2 bulan kan untuk saya dapatkan lesen. Agak cepatkan bagi seorg yang bekerja seperti saya. Iyalah kerja dari isnin hingga jumaat. Saat belajar adalah pada sabtu dan ahad sahaja. Itupun kalau ada hal terpaksa tangguh dan tangguh...

Saya bersyukur dan lega sebenarnya kerana hampir siap dah apa yang diharapkan setelah sekian lama. buat lesen sebab terpaksa kerana kalau En KK terpaksa kursus/training senang sikit saya nak ke tempat kerja. Ini tidak asyik bergantung padanya setiap masa kalau nak kemana-mana.

**DOAKAN SAYA BERJAYA DALAM TEST JPJ NANTI YE...TQ



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...