Jumaat, 8 April 2011

Awas!!! Telur Ayam Tiruan





Semalam ada terbaca dlm akhbar tentang telur ayam tiruan ni dah masuk pasaran Malaysia...adoiii. Ekceli saya pernah terbaca dalam emel yang saya terima beberapa minggu/bulan lepas tentang isu ni..Pembuatannya berasal dari negara CHINA. Diorang nikan kalau bab2 mencipta barang2 pelik ni serahlah kat diorang kan? kalau barang2 yang boleh mendatangkan kebaikan takpela jugak. Ini tak, telur ni kan makanan. Cipta pulak dari bahan2 kimia..kalau makan dengan kadar yang kerap boleh menyebabkan kadar metabolisme terganggu lebih2 lagi kepada badan, hati dan otak. sumber dari sini

Tak sangka pulak boleh masuk negara kita dengan begitu cepat sekali. Sekarang ni dok terpikir2 macam manelah sekali sekala nak makan kat luar. Kita bolehlah berjaga2 dengan membeli telur omega ke, yang mahal sikitla tu pun belum tentu boleh percaya 100%. kalau makan kat kedai diorg fikirkah macam apa yang kite fikirkan?

**Dulu-dulu kes susu bayi dicampur bahan berbahaya dari negara mana????CHINA jugak...tak habis-habis..


Update terkini!!




cara buat telur tiruan

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.



Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.



"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.

- Bernama




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...