Isnin, 25 April 2011

Anak Perempuan????

Assalamualaikum..

Emm hari ni dok tercari-cari kalendar cina la, petua la..macammana nak dapatkan anak perempuan...hahaha..Memang plan tahun ni nak pregnant, dan bersalin tahun depan..Disebabkan danial lahir akhir tahun 2006(oktober), cadang2nya nak bersalin awal tahun la pulak dan semestinya impikan anak perempuan la kan...Tapi tu semua rezeki dari Allah, kalau tak dapat anak perempuan pun tetap kena bersyukur kan? janji sihat dan sempurna..

Setelah di belek2, di gugel2 terjumpa la kalendar ni. Jangan taksub atau percaya sangat tau, kita just jadikan panduan je okey?



Dari apa yang saya faham, ikut pengiraan berdasarkan kalendar ini, contohnya: sekiranya anda inginkan anak perempuan pada umur 29 tahun, ianya jatuh pada bulan Jan, Mac,April, okt, Nov dan Dis. So berusahala pada 9 bulan sebelumnya..ok?hehe..

**untuk umur 28 thn 6 bulan, sila assume as 29 tahun hokey!!...

Di bawah ni adalah cara di mana tentukan jantina anak mengikut kelendar(kitaran haid):

KALENDER KESUBURAN BULANAN (cth;sekiranya haid jatuh pd 1hb)

Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (anak P'puan): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)


Berdasarkan kalender diatas, bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak perempuan.

Sekiranya haid jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras (bersama suami).

Walaupun masa haid hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17 (wanita di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak L (lelaki) adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan. Untuk itu, saya sarankan agar menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...