Selasa, 5 Julai 2011

Hari lahir sepatutnya meraikan ibu bukan diri sendiri..

 AUTOPUBLISH

Assalam.

 Hari lahir sepatutnya meraikan ibu bukan diri sendiri..

 
Pagi ni ada meeting satu kelab kat ofis..bicangla pasal aktiviti yang akan dianjurkan la, megemas la..apa2 semua la...
 
Akhir sekali,masa dah nak abis meeting, dan menyentuh perihal sambutan harijadi, pengerusi sempat berpesan pada kami semua dan membuatkan saya/kami terkedu/tersentuh dan bermacam terrr lagi bahawa kita sepatutnya meraikan harijadi kite dengan memberi ucapan terima kasih kepada ibu kite yang telah melahirkan kite kerana saat itu ibu yang bertarung nyawa antara hidup dan mati, betul tak? Kenapa orang perlu raikan hari lahir kite?sebab umor makin bertambah kah?sebab kita makin tuakah?emmm fikir2kanla..
 
Selepas ini, saya berjanji setiap hari lahir adik-beradik saya, saya akan ucapan terima kasih pada mak saya..kerana susah payah melahirkan kami di dunia ini...huhu
 
p/s: bergenang air mata tatkala ingatkan macam mana mak lahirkan saya dulu. Bila saya dah jadi ibu, barula tau macam mana sakitnya bersalin, macammane membesarkan anak ...huhu
 
p/s: Kepada siapa2 yang selalu tinggikan suara, bermusuh dengan mak sendiri serta membuatkan mak terluka dan menangis...sekiranya anda telah jadi seorang Ibu, anda akan merasa dan insaf apa yang anda lakukan kepada ibu anda...kerana hanya pengalaman yang dapat membuktikan segalanya..


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...