Jumaat, 27 Mei 2011

Perniagaan Makanan Luput Tarikh Mampu Menjadikan anda Jutawan..

Assalam,


Pagi jumaat ni nak share kisah benar...mana tahu secara tak sedar kita juga terbabit sama..bkn maksud saya terbabit sama tu kita yang buat kerja terkutuk tu tapi maksudnya takut kita terkena dengan agenda pihak yang terbabit tu...Jadi sila ambil tahu ye kisah benar ini yang saya rasakan cukup buat untuk kita berfikir dan termenung sejenak...emmm

KM 21

Kg Sg Salak

Batu 10, Jalan Gombak
Gombak, Selangor
10 Mei 2011
10.15 malam
nota : telah dikemaskini.

Bukan susah untuk menjadi kaya raya.




Bagaimanapun, untuk menjadi kaya raya dengan penipuan dan perbuatan yang saya anggap begitu keji, celaka dan jelik ini adalah melampau.



Banglo ini terletak di tanah lot kira-kira 2 kilometer ke dalam.


Lokasinya terpencil, malah tiada siapa yang mengesyaki apa yang berlaku di sini.


Sekali imbas, ia langsung tidak menggambarkan, berlakunya sesuatu yang di luar kebiasaan di sini.

Ia dihuni sekeluarga yang mempunyai taraf penduduk tetap (Indonesia).


Perniagaan mereka mudah – juallah apa sahaja bahan makanan yang telah luput tarikh.


Carilah barangan itu di dalam tong sampah, tapak pelupusan atau mereka yang tidak mahukannya lagi – lakukan kitaran semula. kemudian jual.



‘Aiskrim Malaysia’ pun ada – perisa coklat lagi – kanak-kanak sekolah amat gemarkannya.


Mungkin anak anda salah seorang penggemar aiskrim ini – lemak berkrim.


Ye, apa yang anda lihat ini adalah realiti yang sebenarnya berlaku – asalkan boleh untung, soal lain diketepikan.


Anda bayangkan , sarapan pagi anda adalah sebenarnya dari air susu yang telah ‘expired’ sebulan lalu.


Jika anda minum teh, sedapnya lain macam, mungkin sumbernya dari sini.


Anda menggosok gigi menggunakan ubat gigi yang telah juga expired 2 tahun lalu.


Susu pekat manis yang anda gunakan atau minum di kedai atau warong, sebenarnya susu yang tinnya telah berkarat, kemek sana-sani dan sudah pasti yang telah luput tarikh.


Hasil risikan dan intipan, akhirnya malam tadi kira-kira jam 10.15 malam, sepasukan 10 anggota penguatkuasa KPDNKK Cawangan Gombak diketuai Pegawai Penguatkuasa Ramli Nayan, melakukan serbuan.


Ketika serbuan, dua wanita sedang leka membasuh dan menanggalkan cetakan tarikh luput pada puluhan susu di dalam botol yang telah luput tarikh sebulan lalu.


Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan - seorang berusia 50han, warga Indonesia bertaraf penduduk tetap dan seorang lagi wanita berusia 34 tahun – memiliki paspot Indonesia.


Di dalam rumah bertimbun dan bersepah pelbagai barangan ditemui termasuk di dalam bilik tidur dan di bawah katil.


TV LCD punyalah besar.



Sasaran jualannya ialah restoran, warong dan kedai runcit .Barangan luput tarikh ini dipercayai diperolehi melalui beberapa pihak dan juga dari pusat pembuangan sampah.


Oh ye, selain makanan, barangan bukan makanan juga ditemui dan dikitar semula.


Jika anda wanita, dan tiba-tiba merasa ‘lain macam’ apabila memakai ‘tuala wanita @ pad, mungkin ia berasal dari mana-mana tong sampah dan dibawa ke rumah ini untuk di bungkus semula.


Begitu juga , bayi anda mungkin rasa lain macam juga ketika memakai lampin…


Dan mana tau, rambut anda yang beruban, tiba-tiba boleh menjadi hitam semula, anda kena ragui kerana formula syampunya mungkin berasal dari sini!


Menurut Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Osman Nawang, berkemungkinan ada pihak lain yang bersekongkol dalam kes ini menyebabkan mereka mendapat bekalan bahan yang telah luput tarikh ini.


Sejumlah kira-kira 4000 item dirampas bernilai kira-kira RM30,000.

Info dari : Sini




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...