Selasa, 10 Mei 2011

Cuti 1TM dan pasang Streamyx kat rumah

Assalamualaikum..

Emm sejak kebelakangan ini, takde masa nak corat coret kat sini tapi boleh pulak BW(blog walking..hehehe)...busy+takde idea nak tulis apa..Oleh kerana hari ini semua warga TM bercuti disebabkan ada perhimpunan agong pemegang2 saham kat Menara TM dan Annexe, so kerja pun macam tak banyak sangat...bolehlah curi2 tulis kat blog ni..Opsss lupa nak bagitau yang saya terpaksa kerja dikala ofismate semua bercuti ye...biasala kita ni kuli orang penting je..


Selamat bercuti kepada warga TM yang bercuti

Hari ini jugak kena balik awal sikit ke rumah sebab orang dah nak pasang streamyx. ahhhhh leganya dah ada streamyx setelah hampir 2 minggu saya dan En KK tiada internet access kat rumah..Bagi saya, takla terasa sangat kalau takde internet pun tapi untuk En KK, macam kera mati anak(eh..eh..yeke peribahasa yg aku guna ni)..hentam sajela labu janji uols tau maknenya yg ala2 takleh hidup tanpa tenet la...24jam nk kena dok ngadap laptop. bkn buat kerja pun tapi dok cite psl politik la, isu2 semasa la..dan macam2 lagi la..

Sebelum ni dah langgan 2 sykt telekomunikasi yg paling glamor kat m'sia tapi ternyata hampeh(masih ada dlm nada marah yg tak abis2..huh). Dan akhirnya saya dan En.KK sebulat suara telah memboikot(ewahh iyo2 ajo) tp yg prepaid blh lak ambil...hehe sebab terpaksa ye kalau2 balik kampung ke, travel ke..mana leh nak usung streamyx pulak kan. So bermula petang ini, hidupku kembali ceria dengan adanya STREAMYX...wah wah..Bila TM nak ambik saya nk buat iklan ni..yela sia2 je promote abis2an kan...ahakss...

I  Luv Streamyx...muahh...muah..muahh

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...