Khamis, 9 Jun 2011

Perkara yang menakutkan berlaku kali ke 2 dalam hidup kami part 2

Sambungan dr part 1 di sini

Assalam...

Ok. seperti yang dijanjikan semalam, buat kali kedua kami dikejutkan lagi dengan peristiwa danial hilang...kali ni begini ceritanya..

Lepas balik dari kerja, saya pun ambil dia macam biasa kat taska. Otw nak balik ke rumah dia kata nak main kat taman dulu. Saya setuju. Kami pun berjalan la menghala ke taman tersebut. Berhadapan dengan taman tu ada sebuah kedai mamak. Kebiasaannya danial mesti nak singgah untuk beli air. kami pun masuk dan beli air twister anggur. Lepas dah beli, danial pun terus main2 kat situ. Nak dijadikan cerita masa danial tengah main tu, saya pun tolong bukakan penutup air untuk minum. En KK nak rasa dulu air tu sebab dahaga kot. Lepas tu saya bagi pada danial pula..lepas dah minum dia sambung semula main.

Kali ni saya pula try minum air tu, emm rase macam tak best seperti selalu. Saya saje check expired datenya bile. Puas cari2 kat botol tu, ohh kat tutup botol rupenya..tarikh spt berikut :

BB :2/5/2011


Saya: Berfikir kejap... "bukan dah expired ke..hari ni dah 7/6/2011. Dah sebulan lebih dah ni"
En KK: "Meh abang tengok.emm betul la. Patutla abg rase semacam masa minum td tapi abg malas nak tanya na.
Saya: Ishhh ni kena komplen kat tokei mamak ni..
En.KK: Buang jela air tu
Saya: Eh mana boleh. kita kena tunjuk kat tokei tu supaya orang lain nanti tak terkena. Ni hak kita untuk bersuara. Lepas kita bgtau dia, bolehla dia semak air2 yg ada tu. Entah2 ada lagi yang expired.
En KK: Ok, nak balik kang kita bgtau.

Bila danial dah habis main, saya ajak dia balik. Dia pun kata ok. Masa otw nak balik tu, saya singgah semula kedai mamak tu untuk bagitau pasal td. mamak tu seolah2 blurr dan terpinga2 bila kami kata air tu dah expired. Dia suruh ambil ganti. Masa kami pilih nak ambil air tu, saja je tengok air yang sama...loooorrr semuanya expired dohh..yang twister perasa lain dan air2 lain je ok. camno tu???Malas nak cakap banyak, kami blahh je..

Masa berjalan tu, kami tak perasan lagi, yang danial tiada bersama. pada pemikiran saya, mungkin dia tunggu kat lif. Masa nak sampai ke lif, saya panggil2 dia, tiada sahutan. Hati dh berdetik+berdegup dah...risau ni..takut2 dia naik sorg2 je lif tu..

Dah puas kami panggil tiada juga. kami buat keputusan naik lif lain2..Sampai2 je kat atas, serentak pula kami sampai, terus berlari menghala ke rumah dannnnnn ternampak la si danial dengan Guard. huhhhh lega kejap. Masa dah sampai dekat dengan dia, kami ucapkan terima kasih kat guard tu yang sudi bantu danial..Guard pun blahhh

Bila guard tu dah pergi..apalagi..kami tanya "abg gi mana?kenapa tak tunggu?". "lain kali ikut ibu ngan abah"...jangan naik sendiri lif" dan macam2 lagi ayat yang terpacul dari mulut ni...ibarat Brain Wash la ni...geram+takut+risau+cemas..mcm2 la dalam hati ni..Serentak dengan itu, dia menangis...Saya biarkan aje bukan apa suapya lain kali dia akan beringat.

Sampai2 kat rumah, En KK pula panggil dia masuk bilik dan PANGGGG!!!!! hinggap ke buntut danial..serta di khutbah+dijerkah...Saya sebagai ibu memang sedih bila dia dipukul tapi ini saja caranya untuk dia mengingati perkara ni supaya tidak terjadi lagi..

Selepas itu dia masuk bilik air untuk mandi. Selepas dia mandi, saya panggil dia untuk pakai baju sambil2 keluarla ayat2 pesanan+nasihat supaya dia sentiasa dengar cakap saya dan En KK..

sekian..panjang lebar cerita hari ni..layan jela ye..

2 ulasan:

onniye*occuke berkata...

jmpe mkcik tie nnt, biar mkcik tie tmbh "PANGGGGG" kat bontot abg ningning...huhuhuhu....

tp tu la, bdk2 ni kdg2 kite dh jg bsungguh...tp ms tlepas pndg 1 saat tu la, bleh hilg..xpe..pesan2 lg kat abg...

Khairyna berkata...

tula..geram rase tp kesian pun ada..mgkin masa dia berlari ke lif tgk na ngan kery takde, dia pusing blkg tgk takde gak sbb dok dlm kedai mamak tu. tu yg dia tak tau nk buat apa gaknya...terus naik atas sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...